Wednesday, February 13, 2008

Aku ZULLAILI



Nama penuh aku Zul Laili bin Abas. Dah empat tahun aku balik kekampung. Tinggal kat sini for good.....Boleh jaga mak bapak aku yang dah tak berapa sihat. Aku boleh tengok anak bini aku bila-bila masa aku suka. Aku boleh bekerja pada waktu yang aku suka. Maklum lah aku dah kerja sendiri.....kerja kat ladang Felda. Tak sangka juga aku dah boleh jadi tokeh kat kampong aku sendiri.


Semua ni berlaku atas hasrat aku yang ingin berubah. Kalau aku terus bekerja macam dulu , tak mungkin segala keseronokan yang aku rasa sekarang dapat aku rasa pada umur aku ini. Aku berterima kasih banyak-banyak terutama sekali kepada isteri aku kerana memahami hasrat hati aku dan sanggup bersusah payah bersama-sama. Ini yang buat aku makin sayang kat isteri aku nih....


Nama kampong aku ialah Felda Bukit Kepayang. Anak peneroka Feldalah aku ni. Dah 30 tahun bapak aku jadi peneroka. Dia pun macam aku. Kalau tak mahu berubah pindah ke Pahang sebagai peneroka pasti punya hidup kami sekeluarga tidak akan berubah. Mungkin masih lagi tinggal di sebuah kampong tradisional kat Johor sana.


Itu lah masa aku jafi student dulu aku terbaca banyak perkara pasal perubahan. Setiap manusia mesti berubah, berhijrah macam NabiMuhammad dulu. Masa zaman aku muda pun (....Sekarang ni pun aku belum tua lagi kot..) masa zaman rock dulu, Bon Jovi pun kata Map out your future but do it in pencil............Aku berharap keputusan aku ni betul untuk aku serta keluarga aku ....

No comments: