Wednesday, September 16, 2009

U/P EN MEEDON AMAD



MENUAI HASIL CILI.

Aku masih ingat lagi kira-kira 11 gi tahun yang lepas aku pegi kerumah kawan aku kat Seremban. Masa tu di kenalkan aku dengan edisi WAWASAN PERTANIAN..Aku tak sure majalah tu ada lagi ke tidak sekarang. Mamat tu dengan semangat nya bercerita mengenai kelebihan bertani. Aku cuma mengangguk dan mengiakan je apa yang dia cakap pada masa tu.

Tapi selepas tu aku lak yang mengumpulkan semua edisi majalah tersebut dan aku jadikan koleksi peribadi aku. Aku masih simpan koleksi tu sampai sekarang. Sekarang aku pun suda
h mula menuai hasil pertanian aku sendiri. Kalau sudi tengoklah kami menuai hasil cili kulai kami....Tak lah segah mana tapi cukup menyeronokkan hati......



PROSES MEMETIK





PROSES PENGGREDAN DAN MEMBUNGKUS






Rezeki kami murah hari itu , kami dapat 10 kotak. Alhamdullilah.......

Dikesempatan ini aku mengambil kesempatan dibulan yang mulia ini memohon ribuan ampun dan maaf diatas semua kesalahan dan kesilapan samada aku sedar atau tidak. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...











Tuesday, September 15, 2009

U/P EN MEEDON AMAD

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.

Aku ni tak pernah belajar macamana nak bertani. Apatah lagi nak jadi petani. Walaupun akar umbi aku berasal dari petani. Bapak aku seorang petani yang hebat pada suatu masa dahulu.

Tapi bukan aku…..Sampai aku masuk U pun aku tak pernah belajar pasal pertanian. Aku di didik untuk menjadi seorang Eksekutif . Aku dah merasa cara hidup yang begitu meyesakkan pada suatu masa dahulu.

Bila aku dah balik kampong nih,,,,,,bertani adalah salah satu kegiatan ekonomi yang terpaksa aku buat. Mahu atau tidak terpaksa juga aku buat. Aku terpaksa belajar cara bertani yang susah.

Tak ada yang nak mengajar aku. Yang mengutuk paling ramai. Bodoh katanya bekas pegawai kerja kampong… Macam-macam lagi lah cabarannya. Tuhan saja yang tahu. Mungkin aku dah dididik tahan lasak dengan dugaan sebegini sejak dari muda , maka apa yang berlaku ni langsung tak menjadi kudis pun buat aku..

Aku cuba mengaplikasikan pertanian cara moden mengikut mahzab dan ideologi aku sendiri.

Dengan sedikit research yang aku buat aku pun cuba lah bertani secara moden. Pertanian moden tak semestinya perlu menggunakan tanah. Boleh guna medium lain seperti coco peat . Cocopeat ni boleh juga kita campurkan dengan peat moss sebagai medium tanaman. Manakala ruang untuk bertani tidak lah memerlukan ruang yang besar sangat. Semua ni boleh ditanam didalam polibag saja.

Disini aku sertakan beberapa jenis pokok yang aku buat dengan cara tersebut.



POKOK SAWI








POKOK KUNYIT.

POKOK HALIA

POKOK TIMUN

POKOK CILI…

Bagi mengatasi masalah tanah yang makin berkurangan. Maka kita boleh gak buat cara yang begini. Bergantung pada kreativiti masing-masing.

Aku buat 2 tingkat. Tingkat bawah tanam cili manakala tingkat atas aku tanam timun.

Ok lah nanti aku sambung lagi…